Laksamana Armada (Soviet)

Laksamana Armada
Адмирал флота
Admiral flota

Lencana bahu uniform (1955-1990)


Bintang marsyal kecil

Negara  Kesatuan Soviet
Cabang perkhidmatan Bendera tentera laut Kesatuan Soviet Tentera Laut Soviet
Pangkat
Diperkenalkan 1940 pertama
1962 kedua
Dimansuhkan Mac 1955 pertama
1991 kedua
Persamaan
NATO
Pangkat tinggi seterusnya Laksamana Armada Kesatuan Soviet
Pangkat rendah seterusnya

Laksamana

Persamaan pangkat Jeneral Ketumbukan

Laksamana Armada ("admiral of the fleet" atau "fleet admiral";[Note 1] Rusia: aдмирал флота, admiral flota) ialah pangkat tentera laut tertinggi Soviet Union dari tahun 1940 hingga 1955 dan kedua tertinggi selepas tahun 1962.

Pangkat ini lebih mengelirukan sejarah. Ia pertama kali diwujudkan oleh Dekri Presidium Tertinggi Soviet pada tahun 1940 sebagai setaraf dengan Jeneral Ketumbukan, tetapi tidak digunakan sehinggalah tahun 1944, apabila Ivan Isakov dan Nikolai Kuznetsov dinaikkan kepangkat itu.

Insignia tahun 1944 memaparkan empat bintang Nakhimov, tetapi apabila pangkat tersebut telah diisytiharkan setaraf dengan Marsyal Kesatuan Soviet pada tahun 1945, ia telah digantikan dengan satu bintang besar bagi menyamai insignia bahu marsyal tersebut. Dua orang laksamana armada ini telah diberikan Bintang Marsyal baru yang 'besar'. Oleh itu dari tahun 1945 hingga 1962, tidak terdapat pangkat pertengahan yang setaraf dengan Jeneral Ketumbukan diantara Laksamana dan Laksamana Armada.

Pangkat tersebut telah dimansuhkan pada bulan Mac 1955 dengan pengwujudan pangkat Laksamana Armada Kesatuan Soviet tetapi dikembalikan pada tahun 1962 sebagai pangkat kedua tertinggi tentera laut. Selepas itu penyandang pangkat tersebut telah diberikan Bintang Marsyal yang lebih kecil. Menjelang bulan Februari 2013 bintang marsyal yang lebih kecil telah disematkan pada epolet bahu laksamana armada - yang setaraf jeneral ketumbukan. Semenjak Februari 2013 tidak terdapat pegawai aktif Tentera Laut Rusia yang memegang pangkat tersebut.
Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "Note", tetapi tiada tag <references group="Note"/> yang berpadanan disertakan


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy